Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam hari ini. (20 April 2009)


Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor. Sejurus dimaklumkan kedua artis ternama ini meluahkan perasaan gembira dengan anugerah tersebut sekaligus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Selangor.
Hairan kerana atas kriteria apakah yang membuatkan mereka menerima penganugerahan ini. Ya, Noryn mungkin kerana penglibatan’nya dalam bidang nyanyian sehingga memperoleh tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.
Namun bagi Zahida? Sama-samalah kita tepuk dada tanya selera.