Najib Tun Razak - Presiden UMNO (Bakal PM)
Published by Admin on 2009/4/1 (987 reads)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sah menjawat jawatan Presiden UMNO menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu proses penyerahan kuasa yang berlangsung secara teratur dan tertib.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden parti sempena persidangan hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2008, beliau menyatakan penghargaan dan tahniah kepada barisan kepimpinan baru yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.
Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan kesetiaan terhadap parti yang ditunjukkan oleh calon-calon yang tewas dalam pemilihan dan juga calon yang dilarang bertanding.
“Kalah dalam pemilihan bukan bererti bahawa perjuangan telah pun selesai,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan bukan sahaja kepada barisan kepimpinan malahan ke peringkat akar umbi agar menghayati empat ciri yang telah digariskan iaitu, bersetia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.
Sebagai Presiden parti yang baru, beliau mengotakan janjinya untuk membuat perubahan demi kesinambungan dan kekukuhan parti.
“Dalam soal perubahan, kesempatan akan dibuat bahawa persidangan yang akan berlangsung sekali lagi tahun ini akan digunakan untuk meminda perlembagaan,” katanya.
Katanya, antara yang dipinda ialah mewujudkan proses pemilihan yang lebih terbuka, telus dan demokrasi.
“Sekarang ini, kepimpinan dipilih oleh sekitar 2000 perwakilan sedangkan ahli UMNO berjumlah 3.2 juta orang.” Katanya.
Lantaran itu, katanya dengan pindaan dalam Perlembagaan parti akan membolehkan semua ahli-ahli UMNO mengadakan pengundian bagi memilih pemimpin secara serentak di semua 191 Bahagian dan juga mengkaji semula kuota pencalonan yang akan dibincangkan bersama Bahagian-bahagian.
Beliau turut mengingatkan kepada perwakilan bahawa tiada guna mempunyai jawatan di dalam parti jika parti tidak berkuasa.
“Oleh itu, kita mesti tahu denyutan dan kehendak rakyat, kemudian parti terjemahkan dalam bentuk dasar-dasar kerajaan,” katanya.
Sebelum itu, Datuk Seri Najib turut menggariskan tiga konsep penting ekonomi untuk membawa negara ke landasan yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Timbalan Perdana yang juga Menteri Kewangan itu menyatakan terdapat tiga konsep iaitu, ekonomi bernilai tinggi, ekonomi berasaskan inovasi dan produktiviti serta kreativiti yang akan melonjakkan ekonomi negara.
“Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sering menegaskan betapa pentingnya nilai tambah tetapi saya berpendapat nilai tambah itu perlu digandingkan dengan nilai tinggi,” katanya.
Manakala dalam sidang media pertamanya sebaik disahkan sebagai Presiden UMNO, beliau menyatakan keinsafan jawatan yang dipegangnya itu satu tanggungjawab yang amat berat lebih-lebih lagi cabaran yang dihadapi oleh UMNO kini.
Beliau yakin dengan hasil kesepaduan antaranya dengan Timbalan Presiden yang baru, Tan Sri Mahyuddin Yassin serta Naib-naib Presiden, Ahli-ahli Majlis Tertinggi mampu membentuk satu pasukan yang padu, jitu dan penuh komitmen melakukan pembaharuan dan perubahan di dalam parti.
Tambah beliau lagi, walaupun perhimpunan pada kali ini memberi fokus kepada proses peralihan kuasa dan pemilihan namun ia juga dapat menimbulkan satu semangat baru dan ke arah reform, yang pastinya mendapat sokongan daripada para perwakilan.
“Kita akan lakukan reform dalam UMNO dan kerajaan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, antara langkah awal beliau adalah dengan mewujudkan mekanisme bagi memantau salah guna kuasa dan politik wang.

| Navigate through the articles | |
Pilihanraya Bukit Gantang Perak P059
|
|
You like this post? Perhaps you would like to subscribe to KahKahKah daily news direct to your mailbox! Subscribe Here
|
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
|
||||||||||||||||||