Pilihanraya Bukit Gantang Perak P059
Published by Admin on 2009/4/1 (3046 reads)
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009 di Parlimen Bukit Gantang, Perak. Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan 29 Mac 2009 merupakan hari penamaan calon manakala tarikh pilihan raya adalah 7 April 2009. Pilihanraya ini akan diadakan serentak dengan Pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Pilihan raya kecil Batang Ai.
Nama calon
Ismail Safian - Barisan Nasional-UMNO
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - PAS
Kamarul Ramizu Idris - BEBAS
Parlimen Bukit Gantang ini terdiri daripada 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Sepetang (N31), DUN Changkat Jering dan DUN Trong. Yang menarik di kawasan ini adalah terdapat ADUN Changkat Jering menjadi ADUN Bebas apabila YB Mohd Osman Mohd Jailu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan YB Roslan dikatakan meninggal dunia pada 9 Februari 2009 di Batu Gajah, Perak dipercayai kerana serangan jantung semasa sedang menunggang basikal untuk ke farmasi.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.

| Navigate through the articles | |
Najib Tun Razak - Presiden UMNO (Bakal PM)
|
(Indonesia) Pelakon Drama Wulan, Hanny Mati Bunuh
|
You like this post? Perhaps you would like to subscribe to KahKahKah daily news direct to your mailbox! Subscribe Here
|
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
|
||||||||||