Oleh TENGKU
KHALIDAH TENGKU BIDIN

CINTA tidak memerlukan rasional
untuk memilih siapa. Hitam kulitnya, atau putih warnanya, tidak lagi menjadi
satu hal yang penting kalau hati sudah jatuh ke gelanggang percintaan.
Justeru sama ada pilihannya itu
disenangi atau tidak oleh kalangan peminat, Mawi tidak mahu menoleh ke belakang
lagi bila di hatinya sudah sarat dengan rasa cinta.
Bertempat di puncak Genting
Highlands dalam kedinginan suhu 22 darjah celcius, Mawi mengakui "Benar,
saya cinta dan sayang kepada wanita bernama Ekin."
Wow! Itulah keadaannya bila
arjuna kegilaan ramai ini sudah jatuh cinta. Mawi dipagut cinta dan wanita itu
adalah individu yang sudah sekian lama dikaitkan dengan dirinya, Nora'asikin
Rahmat.
Sebenarnya tidak ada yang baru
tentang pendedahan yang dibuat Mawi. Ini kerana semenjak lebih setahun lalu,
Mawi dan Ekin memang diketahui ramai sedang menganyam hamparan cinta bersama
berdua.
Ia bermula dengan kisah Mawi
'meninggalkan' bekas tunangnya Ina Naim sehinggalah kepada sesi ziarah Mawi ke
rumah Ekin pada Aidilfitri tahun lalu.
Kemudian ia merebak kepada hal
personal termasuklah soal pembiayaan peribadi Mawi melalui cek bernilai RM5
ribu sebulan yang didedahkan media, sepasang cincin berukiran sama di jari
masing-masing dan bukti-bukti lain yang diiakan oleh peminat sendiri.
|
|
|
SELEPAS membuka
rahsia cintanya, Mawi dan Ekin pasti dikejar media dengan persoalan tentang
perkahwinan pula. |
Cuma barangkali kerana ini yang
pertama kali terbit dari bibir Mawi sendiri, ia
kelihatan seperti cinta yang berputik itu sudah semakin mekar dan berkembang
dengan baik sekali.
Ya, bukan
senang orang macam Mawi untuk membuat keputusan mengumumkan tentang kisah
cintanya kecuali setelah dia benar-benar pasti denting di hatinya itu.
"Ekin
punya keistimewaan tersendiri. Dia periang dan 'gila-gila'. Kami
serasi dan dia juga agak matang," kata Mawi menyatakan rasional pilihannya
itu.
Ekin pula
mendedahkan Mawi mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
"Dia sentiasa berada di sisi
saya dalam susah dan senang," kata Ekin memuji
jejaka itu.
Melihat Mawi
dipagut cinta yang kasmaran, ada nasihat yang lahir dari bibir dua orang kuat
di sebalik sukses Mawi kepada penyanyi berkenaan yang dikatakan bakal
mengakhiri zaman bujangnya. Bila? Yang itu masih lagi
rahsia.
Kerana banyak
benar versi yang muncul kalau bercakap tentang soal yang satu ini. Ada yang kata Mawi dan Ekin akan ke jinjang pelamin sekitar Mei ini, ada
yang kata Jun dan Disember. Malah ada yang mengaitkan dengan tarikh 8 Ogos
sebagai detik keramat itu.
Kahwin tahun ini"Mawi kena
kahwin cepat, kalau boleh dalam tahun ini juga." Itu yang dinasihatkan
oleh Ketua Pegawai Operasi Maestro Records, Freddie Fernandez melalui Kosmo!.
Freddie memberi nasihat berkenaan
kerana tidak mahu artis berkenaan dikaitkan dengan hal-hal yang negatif,
sekiranya terus-terusan berada dalam alam percintaan.
"Sebagai orang Islam, saya
rasa Mawi sendiri sedar bahawa perkahwinan dituntut oleh agama. Perkahwinan
juga boleh elak hal yang negatif. Jadi saya rasa kalau Mawi dan Ekin sudah
bersedia, mereka kena cepat-cepat kahwin," kata Freddie.
|
|
|
AKHIRNYA Ekin berterus terang bahawa Mawi mempunyai
ciri-ciri lelaki idamannya. |
Nyata dia tidak terkejut dengan
pengumuman yang dibuat Mawi kelmarin yang buat pertama kalinya memberitahu
mengenai kisah cintanya dengan Ekin kepada media.
Lalu kata Freddie, peminat tidak
perlu marah-marah atau melahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang
menjadi pilihan Mawi.
Pada akhirnya mereka perlu
melihat Mawi sebagai lelaki biasa, yang punya keinginan untuk bercinta dan
dicintai.
"Saya harap peminat tak akan
menghukum Mawi kerana memilih Ekin sebagai bakal isteri," kata Freddie
lagi.
Freddie turut menasihatkan
peminat Mawi agar tidak emosional dan memberikan hal-hal peribadi ditimbang
sendiri oleh empunya badan.
Jika kerana berkahwin dengan Ekin
juga bakal membuatkan Mawi jadi kurang popular, ia bukan satu hal yang serius
untuk difikirkan.
"Apa yang kita harapkan
ialah peminat bersikap rasional dan terus sokong Mawi. Mereka kena ingat, bukan
salah untuk berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang murni, baik untuk
kehidupan insan. Peminat Mawi harus hormati walaupun tak suka dengan pilihan
dia." kata Freddie lagi.
Dalam masa yang sama juga,
Freddie berharap agar Ekin benar-benar membuktikan bahawa dia adalah pilihan
yang tepat untuk Mawi.
Ini kerana Mawi telah melakukan
pengorbanan besar apabila mengumumkan kepada orang ramai bahawa Ekin adalah
kekasih hatinya.
"Selepas ini Ekin perlu
membuktikan dia adalah orang yang betul untuk Mawi. Kita berikan dia peluang
untuk buktikan dia boleh jadi isteri dan bawa bahagia kepada Mawi. Itu yang penting kepada
kami." kata Freddie lagi.
|
|
|
ROZITA SAHADAN tidak menafikan ada sebahagian peminat
kurang senang dengan kisah cinta Mawi dan Ekin. |
Meskipun tahu populariti Mawi
bakal menjunam selepas membuat keputusan untuk berkahwin, ia
adalah sesuatu yang lumrah kepada perjalanan hidup seorang artis, kata Freddie.
Nasihat peminat untuk MawiBagi
Rozita Sahadan, Presiden MawiFC pula menyokong apa
saja yang terbaik difikirkan Mawi tentang perjalanan kehidupannya.
"Mendirikan rumahtangga
dituntut oleh agama. Kalau sudah betul Ekin pilihan Mawi mereka perlu ambil
jalan untuk mempercepatkan perkahwinan.
"Dalam Islam sendiri
menggalakkan kita berkahwin. Kahwinlah kalau itu pilihan dia." katanya.
Bagaimanapun Rozita turut
menasihati artis pujaannya itu untuk terus berfikir dengan semasak-masaknya
kalau berada dalam keadaan yang tidak pasti tentang perkahwinan.
"Kalau Mawi sudah yakin Ekin
mampu menjadi isterinya yang baik, berkahwinlah segera. Tetapi kalau dia masih
ragu-ragu, atau kurang yakin buatlah sesuatu. Mawi kena sembahyang istiqarah
atau bertanya pendapat lebih ramai orang kalau dia masih lagi keliru,"
katanya.
Pun begitu sebagai orang yang
rapat dengan Mawi, kata Rozita dia seperti dapat membaca perilaku penyanyi itu
apabila melihat kepada cara percakapannya bila diterjah soal cinta.
"Saya tengok dalam gambar,
air muka dan cara cakapnya Mawi sangat yakin dengan pilihannya. Baguslah kalau kahwin
secepat mungkin," katanya.
|
|
|
FREDDIE (kiri) menasihati Mawi supaya lekas kahwin
jika merasakan Ekin pilihan yang tepat. |
Dengan pengumuman terbaru yang
dibuat oleh Mawi ini secara tidak langsung orang akan
bertanya semula, terputusnya pertunangan Mawi dengan Ina suatu ketika dahulu
apakah berpunca daripada Ekin?
Memang kurang elok membangkitkan
semula kisah lama, apatah lagi Ina sedang berbahagia dengan suaminya dan bakal
menimang cahayamata tidak lama lagi, tetapi ia tidak
lebih daripada sekadar persoalan.
Apa yang pasti Mawi tidak boleh
duduk diam selepas pengumuman ini. Meskipun sudah membuat penjelasan tentang
kisah sebenarnya dengan Ekin, Mawi akan terus menerima terjahan-terjahan baru
selepas ini.
Paling tidak, soal bila hendak
'makan nasi minyak' akan menjadi salah satu soalan penting dalam sidang akhbar
jejaka ini selepas ini.
Harapnya cinta kasih Mawi dan
Ekin akan terus berpanjangan dan menjelang ke detik-detik perkahwinan.